Khamis, 23 Mac 2017

SEMANGAT KURUS!!!

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulilahh... Tak sihat? Jangan lupa makan ubat ok ? Ok tengok tajuk dah tahu kan nak cerita pasal apa? Actually topik kali ini berbeza sedikit. Kenapa berbeza? Kerana ada seorang hamba Allah aka kawan rapat Kjane yang bertanya tentang perkara ini. Soalannya berbunyi “Jun (nama gelaran Kjane yang diberikan oleh budak bertuah ini), macam mana nak bagi semangat kurus itu bersungguh-sungguh? Selama ini rasa nak kurus tapi tidak bersungguh. Maknanya, rasa macam nak kurus tapi kalau tak kurus pun tak apa kalau macam ini sampai bila-bila pun tak kisah sangat.” Nah, itu soalannya. Kjane akan sharekan pendapat Kjane tentang perkara ini kerana Kjane pun dalam proses menurunkan berat badan walaupun nampaknya tidak berjalan (ops!!! Kantoi!!!). Tapi hanya beberapa perkara sahaja lah sebab Kjane ini kurang mahir lah dalam bab cenggini. Lagipun badan Kjane pun montel jugak. Hahaha...

Ok tips pertama...

Kena ejek. Semua dari kita tidak suka kena ejek kan? Maka dengan ejekan mampu membantu kita untuk terus bersemangat. Maksudnya, bila kita selalu kena ejek gemuk, montel, kapal selam, tong drum, kingkong atau sebagainya lah, jadikan ia sesuatu untuk menyemarakkan diri kita untuk kurus. Fikir macam ini. “Kalau aku kurus, lahanat-lahanat ini semua masih ejek aku tak? Mesti tak punya. Dah tu sampai bila aku mahu diri aku terus di ejek, di hina oleh orang sekeliling? Sampai bila aku harus berdepan dengan masyarakat yang suka mengeluarkan kata-kata yang menyentapkan hati? Maka, dengan hinaan, ejekan itu semua kita mampu untuk memupuk semangat untuk kurus dengan bersungguh-sungguh. Tapi hati-hati, adakala juga jenis yang bila kena ejek, dia makin makan banyak. Kerana apa? Kerana dia nak hukum diri dia sendiri dengan makan lebih banyak sampai boleh membahayakan diri sendiri.

Tips kedua...

Selalu stalk artis-artis dalam dan luar negara. Stalk pelakon ya kerana kebanyakkannya orang kita mudah terpengaruh dengan gaya hidup masyarakat yang di tonton melalui drama. Tidak kira lah sama ada drama melayu ke, korea ke, indon ke atau mat saleh. Janji pelakon. Kalau penyanyi itu boleh cumanya Kjane kurang sikit penyanyi wanita luar negara ini. Atas diri masing-masing. Bila kita tonton drama romantik, mesti heroin dia cantik-cantik, kurus-kurus. So, dari situ juga kita boleh semarakkan lagi semangat untuk kurus ini. Fikir macam ini. Kan best kalau aku cantik macam artis ini? Ramai orang yang baik dengan dia. Ramai orang nak berkenalan dengan dia. Ramai orang nak berkawan dengan dia. Kebiasaannya Kjane bila terdetik macam ini bila tengok cerita korea saja kerana body orang perempuan korea ini memang sangatlah perfect bagi Kjane. Sebab dia orang kan tak malu tayang aurat. Kalau orang kita atau orang indon islam Kjane kurenggg. Tak elok kan? Kalau mat saleh, body dia orang tak berapa cantik. Entahlah, atas citarasa masing-masing.

Tips ketiga...

Selalu window shopping. Bila kita selalu keluar pergi ke mall, mesti akan ada baju-baju yang menarik kan? Kebiasaannya baju yang cantik, elegen dan sebagainyalah tapi kebanyakkannya untuk bersaiz kurus aka kecil. Normal saiz. Sedangkan kita ini punya body gedabak besar, mana padan kan? So, dari situ juga boleh terdetik rasa nak kurus itu. fikir macam ini, sampai bila aku nak pakai baju saiz orang tua sedangkan aku masih remaja? Sampai bila orang ingatkan aku dah tua? Dah berumur? Kalau Kjane selalu sangat macam ini. Bila tengok baju cantik-cantik tapi tak padan dan tak sesuai dengan Kjane, mula lah rasa kalau boleh aku nak kurus hari ini terus. Hahahah... Mana mungkin bukkk. Selalu juga orang ingat Kjane ini dah berumur padahal baru 19. Kuranghasam masin betul lah. Lagi satu Kjane jarang sangat beli baju-baju ini. Sebab itu Kjane memang akan pakai baju yang sama saja.

Tips keempat...

Aktiviti lasak. Ini khas untuk yang suka aktiviti lasak macam Kjane. Kjane suka sangat aktiviti-aktiviti ganas. Dalam laut ke, dalam hutan ke ohhh goshhh!!!  Hahaha... tapi sayang badan tak bagi jalan. Kjane selalu terfikir kenapalah aku tak kurus? Kalau kurus mesti lagi banyak aktiviti yang boleh aku lalui. Tapi sebab badan besar jadi susah sikit. Lagipun takut menyusahkan pihak lain pula jika ada berlaku kecederaan yang tidak sepatutnya. Tapi ingat, orang gemuk tidak semestinya tidak pernah mendaki ok? Kjane dah dua kali mendaki bukit. Terpaksa mengharungi air sungai yang ada dalam hutan tebal, terpaksa pegang tali akar pokok yang halus tapi nipis sampai kekadang terluka tapak tangan kerana akar tajam. Yess!!! Banyak kali mendaki, membuatkan seseorang itu rasa ingin terus mendaki, mencari pengalaman di tempat atau negara orang lain juga. Cuma takut, berat badan kita ini akan menyusahkan banyak pihak, maka dengan cara ini juga boleh menyemarakkan lagi semangat kita untuk kurus.

Oklah, sampai kat sini sahajalah dulu tips atau pandangan Kjane tentang pembakar semangat untuk kurus. Mungkin pendapat Kjane akan di bantah oleh sesetengah pihak kerana berpendapat lain. Tidak mengapa. Kita hidup jangan sombong sampai tidak boleh terima kritikan orang, pandangan orang dan sebagainya. Jadi di sini Kjane nak tahu lah juga pendapat korang apa pulak? Mana tahu Kjane boleh share ke kan? So guys, hiduplah dengan gembira dan bangga dengan diri sendiri. InshaaALLAH ada masa atau ada lagi yang minta pendapat Kjane, Kjane boleh share kan. InshaaALLAH. Apa-apa sebarang pertanyaan, perkongsian atau apa-apa sahaja (paid review ke? Di alu-alukan hahahahah #GurauSahaja), boleh lah contact di sini ya, Cahaya.Aziruddin@gmail.com

Salam , xoxo

-KjaneBlogCAKSKA

-KjCAKSKA

Rabu, 22/03/2017, 3;39am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan