Assalamualaikum wbt...
Hai kesayangan semua. Apa khabar hari ini? Bagusssss??
Hahaha... ok hari ini Kjane nak bagitahu hala tuju selepas SPM. Tidak semestinya
kena sambung belajar di IPTA atau di IPTS kalau kita nak berjaya dalam hidup. Ada
banyak cara untuk kita berjaya yang boleh menjamin masa hadapan kita. Tapi kali
ini Kjane cuma nak share beberapa perkara sahaja.
Salah satunya ialah belajar kemahiran. Macam-macam
kemahiran yang ditawarkan. Kalau untuk perempuan, anda boleh ambil jurusan memasak,
menjahit, solekan dan sebagainya. Dan untuk lelaki pula ada mekanik, gas,
elektrik dan macam-macam lagi. Sebenarnya ada juga sesetengah orang yang dah
pandai memasak,menjahit, baiki motor dan sebagainya tanpa belajar khas pun. Hanya
belajar dengan kawan, ibubapa atau dengan orang sekeliling kita.
Tapi zaman sekarang, sijil sangat lah bernilai. Jadi
kalau rasa nak buka restoran, belajarlah memasak. Kalau nak buka butik dan
kedai jahit, belajarlah menjahit. Kita kena belajar juga walaupun bakat kita
dah lama ada dalam bidang tersebut. Kenapa? Kerana pengiktirafan seseorang itu
sangat penting. Contoh lah. Encik Umar minat sangat nak buka klinik gigi. Beliau
juga memang tahu segalanya tentang gigi. Beliau menubuhkan sebuah klinik gigi
kerana minatnya yang mendalam. Namun, beliau tidak mahu pergi belajar tentang
gigi ini kerana merasakan ianya buang masa. Namun pertanyaannya, adakah anda
mahu pergi ke klinik gigi yang tiada pengiktirafannya? Adakah anda sanggup
membahayakan gigi anda walaupun beliau sudah memberitahu segalanya tentang
kemahirannya dalam membetulkan gigi yang rosak? Tepuk dada tanya otak.
Dengan sijil pun kita boleh minta bekerja di luar
negara kerana di sana, orang yang memiliki sijil kemahiran ini sangatlah laku. Mereka
lebih memilih kerjaya dalam kemahiran kerana mampu membawa pulangan yang besar.
Anda hanya perlu sijil sahaja. Tidak perlu diploma, ijazah, master atau PhD pun.
Asalkan anda ada bakat, kemahiran dan ilmu dalam sesuatu bidang tersebut, maka
anda boleh bekerja di sana dengan pulangan hasil yang sangat lumayan.
Begitu juga dengan bakat. Seperti menyanyi dan
berlakon. Tetapi bagi Kjane, untuk memasuki kelas menyanyi atau berlakon perlu
memilih tempat dalam membuat pillihan untuk belajar menyanyi dan berlakon. Tempat
yang paling sesuai dan bagus ialah belajar di IPTA atau IPTS yang telah di
iktiraf. Kalau yang banyak duit, boleh belajar terus dengan artis-artis senior
yang menawarkan kursus lakonan dan nyanyian. Dah dapat sijil, peluang untuk
anda menjadi artis luar negara makin cerah walaupun cabarannya sangatlah berat.
Hanya berjiwa kental sahaja mampu melaluinya dan mampu ke menara gading. Tapi kebiasaannya
orang barat kurang memberi peluang kepada orang asia. Tidak kiralah china ke,
Malaysia ke memang kurang sikit. Tapi kalau berusaha kuat, bukan setakat di
sana sahaja terkenal bahkan seluruh dunia kenal anda. Itu lah pulangan berbaloi
anda. Bila orang dah mula kenal, maka job pun makin banyak.
Selain itu, isi SPA8 mana tahu dalam usia muda dah
boleh kerja kerajaan, kan? Tak kisahlah kerja dengan jawatan kecil sekalipun. Asal
kita ikhlas dalam bekerja dan niat mencari rezeki halal dan berkat kerana
Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Siapa tahu kan? Dari menjadi
pembantu kerani, tup-tup dah jadi ketua kerani ke, kan? Jangan risaulah. Biarlah
orang nak kata kita ni bodoh ke apa ke sebab malas sambung belajar. Atleast kita
dah ada kerja tetap kita. Yang ada ijazah dan master tu pun belum tentu ada
kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka. Sebabnya negara kita ini, peluang
pekerjaan sangatlah terhad. Jadi jangan memilih dalam mencari pekerjaan. Ini zaman
Najib Razak. Tiada yang tidak mustahil. Rakyat makin terseksa dengan harga
barang yang makin naik, kerja yang susah nak dapat, peluang pekerjaan yang
sedikit, jumlah penduduk yang makin bertambah setiap tahun dan sebagainyalah. Jadi
janganlah memilih. Kerja susah sangat nak dapat.
Seterusnya, bagi yang teringin jugak nak belajar
tapi result tidak cantik, atau anda seorang yang berfikiran jauh, tak mahu
menyusahkan keluarga lagi nak sambung belajar di IPTA atau IPTS yang memerlukan
duit yang banyak dan terpaksa membuat pinjaman PTPTN, maka Kjane sarankan,
ambil lah STPM. Belajarlah di tingkatan enam. Jimat dari segi yuran belajar. Hanya
perlu bayar sesetengah perkara sahaja. Itu pun atas sekolah. Ada sekolah suruh
bayar yuran baju uniform, yuran kem dan sebagainya, yang beratnya STPM ini
ialah bukunya. Harga juga boleh dikatakan agak mahal. Jadi terpaksa keluarkan
sedikit duit. Empat subjek sahaja. Sekarang ini STPM guna sistem semestar. Jadi
sama macam IPTA dan IPTS yang lain. Tiga semestar sahaja. Jimat masa. Kalau nak
sambung ijazah, umur 20 tahun dah boleh sambung. Dah boleh tinggal budak-budak
IPTA dan IPTS yang lain kerana mereka ambil masa tiga tahun untuk enam sem. Tapi
STPM hanya tiga sem bersamaan setahun setengah.
Tapi macam biasalah. Setiap perkara ada cabarannya
yang tersendiri. STPM juga mempunyai dugaan dan cabarannya tersendiri. Contohnya,
terpaksa belajar dalam suasana kelas sama macam tingkatan lima dahulu. Perhimpunan
dengan pelajar-pelajar lain. Waktu belajar sama, waktu rehat sama dan waktu
balik pun sama. Cuma atas guru anda lah. Ada yang buat kelas juga selepas habis
waktu PDP. Dan Kjane nak bagitahu sedikit info untuk anda yang minat belajar
STPM ini. Mental kena kuat ya kerana belajar di tingkatan enam ini sangatlah
membebankan kerana pelajarannya yang sangatlah rumit. Terutama sem dua dan sem
tiga yang perlu membuat kerja kursus yang mana kerja kursus tersebut atas diri
kita sendiri. Semua kita buat sendiri. Tidak boleh tiru orang, ambil ayat orang
dan sebagainyalah. Tempat pun tidak boleh sama jika tidak guru anda akan reject
salah seorang daripada anda yang mempunyai tajuk dan tempat yang sama. Anda juga
perlu sertai sukan yang diadakan di sekolah. Menjadi pengurus rumah sukan anda,
perlu datang ke sekolah pada waktu petang untuk latihan sukan yang andai sertai. Wajib hadir tau. Kadang-kadang
guru anda buat kelas malam, kelas petang atau kelas pagi. So mahu tak mahu,
pergilah ya. Sayang sangat kalau tertinggal walau sedikit ilmu itu.
Kjane nak cerita satu situasi untuk anda semua untuk
tingkatan enam ini. Contohnya, hari ini keempat-empat guru kepada subjek yang
kita ambil itu beri kerja sekolah (dan ini juga tidak mustahil ya
anak-anak), dua daripada subjek tersebut kena hantar esok. Dua lagi mungkin
minggu depan. Dua subjek homework yang terpaksa hantar esok itu contohnya
subjek pertama, homeworknya ialah lima esei dan tiga soalan struktur, manakala
untuk homework subjek kedua pula, anda kena siapkan nota untuk semua bab dan
wajib hantar esok. Kalau dah siapkan separuh baguslah. Habis kalau yang tak
pernah sentuh tu macam mana agaknya ya? Huhu tepuk dada tanya selera. Kemudian pula
malam ini ada kelas malam dan semua wajib hadir? Ohh tuhan. Bila agaknya nak
siap? Kalau anda seorang express, no hal beb. Takutnya anda menjadi seperti
Kjane si kura-kura. Hahaha...
Tapi jangan risau ok? STPM ini setaraf dengan
diploma tau. So kalau anda semua nak kerja, boleh mintak gaji diploma. Yang bestnya
STPM ini kalau anda semua ada pasang cita-cita nak sambung belajar luar negara,
anda boleh guna sijil STPM ini tau sebabnya sijil STPM ini merupakan A-level. Semua
Universiti seluruh dunia ini akan terima. Dengan syarat 3.5 ke atas lah. Kalau setakat
2.8 tu cukup lah lah di Malaysia sahaja ya anak-anak. Kjane pun tak sure IPTA
ambil ke tidak yang 2.8 sahaja ini. Tapi tidak mengapa lah. Rezeki Allah itu
luas. Selagi kita berusaha selagi itu kejayaan milik kita.
So macam mana? Dah jelas kan? Jadi jangat sempitkan
otak-otak anda semua dengan beranggapan nak berjaya dan dapat menjamin masa
depan itu harus ada ijazah, master atau PhD. Ini semua aturan Allah. Tiada istilah
tidak berjaya untuk orang yang kuat berusaha dan tidak mudah putus asa. Tapi harus
ingat. Ilmu itu penting. Tidak guna kita menjadi seorang yang di kenali ramai
tapi tiada ilmu. Tidak akan memberi manfaat kepada orang sekeliling. Jadi seorang
yang berilmu itu perlu. Kerana itu juga merupakan suruhan Allah untuk menjadi
seorang yang berilmu. Jarang orang berjaya tanpa ilmu. Maka dengan ilmu kita
mampu menakluk dunia. Tetapi biarlah kita imbangkan antara ilmu dunia dan ilmu
akhirat. Apabila kita menitikberatkan ilmu akhirat, bukan sahaja akhirat
mengejar kita bahkan dunia juga mengejar kita. Apa pun kita berserah dan
bertawakallah kepada Allah kerana DIA maha mengetahui segalanya.
Tidak berjaya sekarang bukan bermakna kita gagal
selamanya. Sebaliknya seseorang yang berjaya itu perlu kegagalan dalam
hidupnya, dan paling kurang pun kegagalan yang perlu di hadapi orang berjaya
ialah sekali seumur hidup. Lagi berat dugaan mereka, lagi tinggi kejayaan
mereka. Salam sayang.
Xoxo.
-KjCAKSKA
-KjaneBlogCAKSKA
Selasa, 21/03/2017, 5;12pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan