Rabu, 29 Mac 2017

DRAMA MELAYU

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Baik??? Alhamdulilahhhh... ok entry kali ini semua dah tahu kan nak bincang tentang topik apa? Ya, drama melayu... Dan yess,, sejujurnya Kjane sangatlah kureng dalam drama melayu ini. Kjane ada beberapa pendapat yang kurang sikit lah dalam bab drama melayu ini. Nah kita kupaskan...

Pertama....

Kenapa tak suka? Kerana drama melayu ini kisah dia semua sama sahaja. Cuma jalan, warna cerita dia sahaja yang lain tapi motif dia semua sama. Yaa, kahwin paksa, lelaki kaya kahwin dengan perempuan miskin, ayah semua dato-dato, tan sri dan apa-apa lah. Ibu pula datin-datin, puan sri atau whateverlah. Sebab apa sama sahaja? Kerana orang kita kuat berangan. Nak cerita sweet-sweet dan sangat memerlukan seorang hero atau heroin yang sangat perfect. Itu semua untuk memuaskan nafsu kita terhadap drama-drama melayu. Kjane tak nak kritik tentang drama negara luar seperti drama korea, drama thai atau drama mat saleh. Konsep mereka lain-lain dan tidak sama dengan kita. Drama korea ada saja hero dan heroin mereka yang sama-sama antara mereka yang miskin. Drama thai walaupun lelaki kaya tetapi hero akan culik heroin, larikan ke dalam hutan dan ada babak-babak sweet semasa mereka bergaduh atau bermasam muka. Dan masa itu mereka lebih banyak berada di situasi dalam hutan yang mana heroin itu akan di layan tidak seindah permaisuri di gerbang istana. Begitu juga dengan drama mat saleh. Tidak seperti drama melayu. Lelaki mesti perfect punya. Dari segi harta, kekayaan, pangkat mahupun rupa. Begitu juga dengan heroin. Tetapi akan nampak lebih “sweet” apabila heroin tersebut berasal daripada keluarga yang sederhana mahupun yang kurang berharta.

Kedua....

Seterusnya ialah hubungan intim. Yaa.. banyak dalam drama melayu kita yang tidak segan silu menunjukkan aksi yang tidak sepatutnya. Bukan salah pelakon tetapi pengarahnya yang mengada-mengada. Ada juga pengarah yang mengambil kesempatan dengan pelakon mereka untuk memberikan aksi yang tidak sepatutnya supaya rangking mereka naik. Bab ini kebiasaannya terjadi dalam drama melayu apabila ada bab suami cemburu buta, marah dan sebagainya. Bagi orang melayu terutama yang sangat menggemarkan cerita “kahwin paksa” memang akan teruja atau suka dengan aksi ini. Tetapi tidak kurang juga dengan mereka yang sangat jelik dan benci akan aksi ini. Walaupun ada sesetengah daripada kita semua yang gemarkan aksi ini, tapi hati-hati, aksi-aksi sebegini sangatlah membawa pengaruh buruk dalam masyarakat kita. Boleh menjadikan seseorang itu otak kuning dan menjadi taasub dengan aksi dan perbuatan tersebut. Terutama bagi mereka yang mudah terpengaruh. Kanak-kanak yang menonton akan memberikan kesan yang tidak baik untuk tumbesaran mereka dari segi pemikiran. Hanya di penuhi angan-angan kahwin dengan orang kaya. Tidak fokus dengan pembelajaran. Taasub dengan drama yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Kerana itu, seseorang yang matang kurang gemar cerita drama melayu terutama bab “kahwin paksa ini”.

Ketiga....

Minda tidak berkembang. Kenapa? Yalah, kalau dah setiap hari dengan cerita kahwin paksa, hubungan intim atau apa-apa sahaja lah yang berkaitan dengan drama melayu, sampai bila-bila pun otak kita tidak membangun. Tidak boleh fikirkan benda lain. Asyik kahwin sahaja. Terutama pelajar-pelajar sekolah. Apatah lagi pelajar menengah yang sedang menduduki peperiksaan yang penting. Kadang-kadang sanggup layan drama melayu berbanding homework dan sebagainya. Kadang-kadang berangan sampai tahap boleh menjejaskan masa hadapan sendiri. “Tak apa belajar tak pandai pun, dapat result teruk pun tak apa. Mak ayah masih ada. Nanti kalau kahwin mesti tak payah belajar dah. Buang masa saja. Tak apa kat luar sana masih ramai yang kacak-kacak dan berharta. Takkan lah mak ayah nak aku kahwin dengan yang tiada harta, kan? Tak apa nanti pandai-pandailah aku cari lelaki yang boleh sediakan hantaran yang mahal. Bukan susah pun... bla.. bla.. bla..” nampak tak di situ? Tidak akan berkembang sampai bila-bila lah kalau macam ini gayanya.

Aduhaiii apa lah akan jadi dekat anak-anak muda sekarang. Moga anda semua boleh berfikiran panjang sebelum melakukan sesuatu. Realiti tidak seindah drama mahupun mimpi.

Keempat....

Pengarah kurang/kering idea. Yalah, kebanyakkan drama melayu semua di adaptasi daripada novel-novel melayu. Idea sendiri? Hancusssss. Tak ada apa... sekali orang adaptasikan ke drama atau filem melayu ini, maka kuranglah orang membaca novel tersebut. Ini bagi pendapat Kjane saja. Kalau Kjane tahu cerita ini akan di adaptasikan, sumpah Kjane tak akan beli. Kerana apa? Kerana sia-sia saja kita baca sedangkan kita boleh tengok real di kaca televisyen. Drama melayu ini tidak ada apa yang lain berbeza pun. Mula-mula gaduh then happy ending, sweet kan? BAHAHAHAH tolonglah berpijak ke bumi yang nyata. Sampai bila industri kita nak berjaya dengan cerita-cerita yang menarik dan fresh seperti cerita-cerita luar negara yang sangat unik? Sampai bila kita nak duduk di takuk lama? Yang hanya berdasarkan angan-angan atas kertas saja? Come on!!! Cuba buat cerita menarik yang lain.

Dalam drama semua seperti sudah sedia maklum. Kahwin paksa, gaduh-gaduh, lari dari rumah, berbaik, ada orang cemburu, buat jahat, then heroin lari lagi, berbaik semula, ada anak and happy ending. Semua itu dah boleh di agak. Well, people said “drama melayu” itu sajalah kisah dia. Nampak tak betapa meluatnya mereka? So tolonglah keluar daripada takuk lama. Yaa, untuk buat cerita baru dan fresh bukan mudah. Namun, Kjane tahu dan percaya bahawa pengarah-pengarah di Malaysia ini semua berilmu tinggi dan dapat menghasikan sesuatu yang boleh dibawa keluar ke pemasaran luar negara dan membawa kebanggaan kepada Malaysia suatu hari nanti. InshaaALLAH.

Namun begitu, tidak semua lah cerita yang Kjane tidak suka. Masih ada banyak cerita melayu yang Kjane suka and minat sangat. Contohnya, Hantu Kak Limah balik rumah, Hantu Kapchai, Polis Evo, Juvana, Misteri Wan Peah, dan banyak lagi. Meskipun ada unsur-unsur cinta tetapi tidaklah seteruk drama melayu yang memang topiknya lebih ke arah pasangan yang “sweet”.

Ini sahajalah pendapat Kjane kali ini ya anak-anak. Jangan pula ada yang terasa hati dengan kenyataan Kjane. Kjane hanya luahkan apa pendapat Kjane. Meskipun begitu, Kjane Masih menyokong cerita-cerita melayu terutama cerita hantu, komedi dan aksi.

Sekian, salam. Xoxo.

-KjaneBlogCAKSKA

-KjCAKSKA

Selasa, 28/03/2017, 4:02am

Khamis, 23 Mac 2017

SEMANGAT KURUS!!!

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulilahh... Tak sihat? Jangan lupa makan ubat ok ? Ok tengok tajuk dah tahu kan nak cerita pasal apa? Actually topik kali ini berbeza sedikit. Kenapa berbeza? Kerana ada seorang hamba Allah aka kawan rapat Kjane yang bertanya tentang perkara ini. Soalannya berbunyi “Jun (nama gelaran Kjane yang diberikan oleh budak bertuah ini), macam mana nak bagi semangat kurus itu bersungguh-sungguh? Selama ini rasa nak kurus tapi tidak bersungguh. Maknanya, rasa macam nak kurus tapi kalau tak kurus pun tak apa kalau macam ini sampai bila-bila pun tak kisah sangat.” Nah, itu soalannya. Kjane akan sharekan pendapat Kjane tentang perkara ini kerana Kjane pun dalam proses menurunkan berat badan walaupun nampaknya tidak berjalan (ops!!! Kantoi!!!). Tapi hanya beberapa perkara sahaja lah sebab Kjane ini kurang mahir lah dalam bab cenggini. Lagipun badan Kjane pun montel jugak. Hahaha...

Ok tips pertama...

Kena ejek. Semua dari kita tidak suka kena ejek kan? Maka dengan ejekan mampu membantu kita untuk terus bersemangat. Maksudnya, bila kita selalu kena ejek gemuk, montel, kapal selam, tong drum, kingkong atau sebagainya lah, jadikan ia sesuatu untuk menyemarakkan diri kita untuk kurus. Fikir macam ini. “Kalau aku kurus, lahanat-lahanat ini semua masih ejek aku tak? Mesti tak punya. Dah tu sampai bila aku mahu diri aku terus di ejek, di hina oleh orang sekeliling? Sampai bila aku harus berdepan dengan masyarakat yang suka mengeluarkan kata-kata yang menyentapkan hati? Maka, dengan hinaan, ejekan itu semua kita mampu untuk memupuk semangat untuk kurus dengan bersungguh-sungguh. Tapi hati-hati, adakala juga jenis yang bila kena ejek, dia makin makan banyak. Kerana apa? Kerana dia nak hukum diri dia sendiri dengan makan lebih banyak sampai boleh membahayakan diri sendiri.

Tips kedua...

Selalu stalk artis-artis dalam dan luar negara. Stalk pelakon ya kerana kebanyakkannya orang kita mudah terpengaruh dengan gaya hidup masyarakat yang di tonton melalui drama. Tidak kira lah sama ada drama melayu ke, korea ke, indon ke atau mat saleh. Janji pelakon. Kalau penyanyi itu boleh cumanya Kjane kurang sikit penyanyi wanita luar negara ini. Atas diri masing-masing. Bila kita tonton drama romantik, mesti heroin dia cantik-cantik, kurus-kurus. So, dari situ juga kita boleh semarakkan lagi semangat untuk kurus ini. Fikir macam ini. Kan best kalau aku cantik macam artis ini? Ramai orang yang baik dengan dia. Ramai orang nak berkenalan dengan dia. Ramai orang nak berkawan dengan dia. Kebiasaannya Kjane bila terdetik macam ini bila tengok cerita korea saja kerana body orang perempuan korea ini memang sangatlah perfect bagi Kjane. Sebab dia orang kan tak malu tayang aurat. Kalau orang kita atau orang indon islam Kjane kurenggg. Tak elok kan? Kalau mat saleh, body dia orang tak berapa cantik. Entahlah, atas citarasa masing-masing.

Tips ketiga...

Selalu window shopping. Bila kita selalu keluar pergi ke mall, mesti akan ada baju-baju yang menarik kan? Kebiasaannya baju yang cantik, elegen dan sebagainyalah tapi kebanyakkannya untuk bersaiz kurus aka kecil. Normal saiz. Sedangkan kita ini punya body gedabak besar, mana padan kan? So, dari situ juga boleh terdetik rasa nak kurus itu. fikir macam ini, sampai bila aku nak pakai baju saiz orang tua sedangkan aku masih remaja? Sampai bila orang ingatkan aku dah tua? Dah berumur? Kalau Kjane selalu sangat macam ini. Bila tengok baju cantik-cantik tapi tak padan dan tak sesuai dengan Kjane, mula lah rasa kalau boleh aku nak kurus hari ini terus. Hahahah... Mana mungkin bukkk. Selalu juga orang ingat Kjane ini dah berumur padahal baru 19. Kuranghasam masin betul lah. Lagi satu Kjane jarang sangat beli baju-baju ini. Sebab itu Kjane memang akan pakai baju yang sama saja.

Tips keempat...

Aktiviti lasak. Ini khas untuk yang suka aktiviti lasak macam Kjane. Kjane suka sangat aktiviti-aktiviti ganas. Dalam laut ke, dalam hutan ke ohhh goshhh!!!  Hahaha... tapi sayang badan tak bagi jalan. Kjane selalu terfikir kenapalah aku tak kurus? Kalau kurus mesti lagi banyak aktiviti yang boleh aku lalui. Tapi sebab badan besar jadi susah sikit. Lagipun takut menyusahkan pihak lain pula jika ada berlaku kecederaan yang tidak sepatutnya. Tapi ingat, orang gemuk tidak semestinya tidak pernah mendaki ok? Kjane dah dua kali mendaki bukit. Terpaksa mengharungi air sungai yang ada dalam hutan tebal, terpaksa pegang tali akar pokok yang halus tapi nipis sampai kekadang terluka tapak tangan kerana akar tajam. Yess!!! Banyak kali mendaki, membuatkan seseorang itu rasa ingin terus mendaki, mencari pengalaman di tempat atau negara orang lain juga. Cuma takut, berat badan kita ini akan menyusahkan banyak pihak, maka dengan cara ini juga boleh menyemarakkan lagi semangat kita untuk kurus.

Oklah, sampai kat sini sahajalah dulu tips atau pandangan Kjane tentang pembakar semangat untuk kurus. Mungkin pendapat Kjane akan di bantah oleh sesetengah pihak kerana berpendapat lain. Tidak mengapa. Kita hidup jangan sombong sampai tidak boleh terima kritikan orang, pandangan orang dan sebagainya. Jadi di sini Kjane nak tahu lah juga pendapat korang apa pulak? Mana tahu Kjane boleh share ke kan? So guys, hiduplah dengan gembira dan bangga dengan diri sendiri. InshaaALLAH ada masa atau ada lagi yang minta pendapat Kjane, Kjane boleh share kan. InshaaALLAH. Apa-apa sebarang pertanyaan, perkongsian atau apa-apa sahaja (paid review ke? Di alu-alukan hahahahah #GurauSahaja), boleh lah contact di sini ya, Cahaya.Aziruddin@gmail.com

Salam , xoxo

-KjaneBlogCAKSKA

-KjCAKSKA

Rabu, 22/03/2017, 3;39am

Selasa, 21 Mac 2017

Lepasan SPM!!!

Assalamualaikum wbt...

Hai kesayangan semua. Apa khabar hari ini? Bagusssss?? Hahaha... ok hari ini Kjane nak bagitahu hala tuju selepas SPM. Tidak semestinya kena sambung belajar di IPTA atau di IPTS kalau kita nak berjaya dalam hidup. Ada banyak cara untuk kita berjaya yang boleh menjamin masa hadapan kita. Tapi kali ini Kjane cuma nak share beberapa perkara sahaja.

Salah satunya ialah belajar kemahiran. Macam-macam kemahiran yang ditawarkan. Kalau untuk perempuan, anda boleh ambil jurusan memasak, menjahit, solekan dan sebagainya. Dan untuk lelaki pula ada mekanik, gas, elektrik dan macam-macam lagi. Sebenarnya ada juga sesetengah orang yang dah pandai memasak,menjahit, baiki motor dan sebagainya tanpa belajar khas pun. Hanya belajar dengan kawan, ibubapa atau dengan orang sekeliling kita.

Tapi zaman sekarang, sijil sangat lah bernilai. Jadi kalau rasa nak buka restoran, belajarlah memasak. Kalau nak buka butik dan kedai jahit, belajarlah menjahit. Kita kena belajar juga walaupun bakat kita dah lama ada dalam bidang tersebut. Kenapa? Kerana pengiktirafan seseorang itu sangat penting. Contoh lah. Encik Umar minat sangat nak buka klinik gigi. Beliau juga memang tahu segalanya tentang gigi. Beliau menubuhkan sebuah klinik gigi kerana minatnya yang mendalam. Namun, beliau tidak mahu pergi belajar tentang gigi ini kerana merasakan ianya buang masa. Namun pertanyaannya, adakah anda mahu pergi ke klinik gigi yang tiada pengiktirafannya? Adakah anda sanggup membahayakan gigi anda walaupun beliau sudah memberitahu segalanya tentang kemahirannya dalam membetulkan gigi yang rosak? Tepuk dada tanya otak.

Dengan sijil pun kita boleh minta bekerja di luar negara kerana di sana, orang yang memiliki sijil kemahiran ini sangatlah laku. Mereka lebih memilih kerjaya dalam kemahiran kerana mampu membawa pulangan yang besar. Anda hanya perlu sijil sahaja. Tidak perlu diploma, ijazah, master atau PhD pun. Asalkan anda ada bakat, kemahiran dan ilmu dalam sesuatu bidang tersebut, maka anda boleh bekerja di sana dengan pulangan hasil yang sangat lumayan.

Begitu juga dengan bakat. Seperti menyanyi dan berlakon. Tetapi bagi Kjane, untuk memasuki kelas menyanyi atau berlakon perlu memilih tempat dalam membuat pillihan untuk belajar menyanyi dan berlakon. Tempat yang paling sesuai dan bagus ialah belajar di IPTA atau IPTS yang telah di iktiraf. Kalau yang banyak duit, boleh belajar terus dengan artis-artis senior yang menawarkan kursus lakonan dan nyanyian. Dah dapat sijil, peluang untuk anda menjadi artis luar negara makin cerah walaupun cabarannya sangatlah berat. Hanya berjiwa kental sahaja mampu melaluinya dan mampu ke menara gading. Tapi kebiasaannya orang barat kurang memberi peluang kepada orang asia. Tidak kiralah china ke, Malaysia ke memang kurang sikit. Tapi kalau berusaha kuat, bukan setakat di sana sahaja terkenal bahkan seluruh dunia kenal anda. Itu lah pulangan berbaloi anda. Bila orang dah mula kenal, maka job pun makin banyak.

Selain itu, isi SPA8 mana tahu dalam usia muda dah boleh kerja kerajaan, kan? Tak kisahlah kerja dengan jawatan kecil sekalipun. Asal kita ikhlas dalam bekerja dan niat mencari rezeki halal dan berkat kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Siapa tahu kan? Dari menjadi pembantu kerani, tup-tup dah jadi ketua kerani ke, kan? Jangan risaulah. Biarlah orang nak kata kita ni bodoh ke apa ke sebab malas sambung belajar. Atleast kita dah ada kerja tetap kita. Yang ada ijazah dan master tu pun belum tentu ada kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka. Sebabnya negara kita ini, peluang pekerjaan sangatlah terhad. Jadi jangan memilih dalam mencari pekerjaan. Ini zaman Najib Razak. Tiada yang tidak mustahil. Rakyat makin terseksa dengan harga barang yang makin naik, kerja yang susah nak dapat, peluang pekerjaan yang sedikit, jumlah penduduk yang makin bertambah setiap tahun dan sebagainyalah. Jadi janganlah memilih. Kerja susah sangat nak dapat.

Seterusnya, bagi yang teringin jugak nak belajar tapi result tidak cantik, atau anda seorang yang berfikiran jauh, tak mahu menyusahkan keluarga lagi nak sambung belajar di IPTA atau IPTS yang memerlukan duit yang banyak dan terpaksa membuat pinjaman PTPTN, maka Kjane sarankan, ambil lah STPM. Belajarlah di tingkatan enam. Jimat dari segi yuran belajar. Hanya perlu bayar sesetengah perkara sahaja. Itu pun atas sekolah. Ada sekolah suruh bayar yuran baju uniform, yuran kem dan sebagainya, yang beratnya STPM ini ialah bukunya. Harga juga boleh dikatakan agak mahal. Jadi terpaksa keluarkan sedikit duit. Empat subjek sahaja. Sekarang ini STPM guna sistem semestar. Jadi sama macam IPTA dan IPTS yang lain. Tiga semestar sahaja. Jimat masa. Kalau nak sambung ijazah, umur 20 tahun dah boleh sambung. Dah boleh tinggal budak-budak IPTA dan IPTS yang lain kerana mereka ambil masa tiga tahun untuk enam sem. Tapi STPM hanya tiga sem bersamaan setahun setengah.

Tapi macam biasalah. Setiap perkara ada cabarannya yang tersendiri. STPM juga mempunyai dugaan dan cabarannya tersendiri. Contohnya, terpaksa belajar dalam suasana kelas sama macam tingkatan lima dahulu. Perhimpunan dengan pelajar-pelajar lain. Waktu belajar sama, waktu rehat sama dan waktu balik pun sama. Cuma atas guru anda lah. Ada yang buat kelas juga selepas habis waktu PDP. Dan Kjane nak bagitahu sedikit info untuk anda yang minat belajar STPM ini. Mental kena kuat ya kerana belajar di tingkatan enam ini sangatlah membebankan kerana pelajarannya yang sangatlah rumit. Terutama sem dua dan sem tiga yang perlu membuat kerja kursus yang mana kerja kursus tersebut atas diri kita sendiri. Semua kita buat sendiri. Tidak boleh tiru orang, ambil ayat orang dan sebagainyalah. Tempat pun tidak boleh sama jika tidak guru anda akan reject salah seorang daripada anda yang mempunyai tajuk dan tempat yang sama. Anda juga perlu sertai sukan yang diadakan di sekolah. Menjadi pengurus rumah sukan anda, perlu datang ke sekolah pada waktu petang untuk latihan sukan  yang andai sertai. Wajib hadir tau. Kadang-kadang guru anda buat kelas malam, kelas petang atau kelas pagi. So mahu tak mahu, pergilah ya. Sayang sangat kalau tertinggal walau sedikit ilmu itu.

Kjane nak cerita satu situasi untuk anda semua untuk tingkatan enam ini. Contohnya, hari ini keempat-empat guru kepada subjek yang kita ambil itu beri kerja sekolah (dan ini juga tidak mustahil ya anak-anak), dua daripada subjek tersebut kena hantar esok. Dua lagi mungkin minggu depan. Dua subjek homework yang terpaksa hantar esok itu contohnya subjek pertama, homeworknya ialah lima esei dan tiga soalan struktur, manakala untuk homework subjek kedua pula, anda kena siapkan nota untuk semua bab dan wajib hantar esok. Kalau dah siapkan separuh baguslah. Habis kalau yang tak pernah sentuh tu macam mana agaknya ya? Huhu tepuk dada tanya selera. Kemudian pula malam ini ada kelas malam dan semua wajib hadir? Ohh tuhan. Bila agaknya nak siap? Kalau anda seorang express, no hal beb. Takutnya anda menjadi seperti Kjane si kura-kura. Hahaha...

Tapi jangan risau ok? STPM ini setaraf dengan diploma tau. So kalau anda semua nak kerja, boleh mintak gaji diploma. Yang bestnya STPM ini kalau anda semua ada pasang cita-cita nak sambung belajar luar negara, anda boleh guna sijil STPM ini tau sebabnya sijil STPM ini merupakan A-level. Semua Universiti seluruh dunia ini akan terima. Dengan syarat 3.5 ke atas lah. Kalau setakat 2.8 tu cukup lah lah di Malaysia sahaja ya anak-anak. Kjane pun tak sure IPTA ambil ke tidak yang 2.8 sahaja ini. Tapi tidak mengapa lah. Rezeki Allah itu luas. Selagi kita berusaha selagi itu kejayaan milik kita.

So macam mana? Dah jelas kan? Jadi jangat sempitkan otak-otak anda semua dengan beranggapan nak berjaya dan dapat menjamin masa depan itu harus ada ijazah, master atau PhD. Ini semua aturan Allah. Tiada istilah tidak berjaya untuk orang yang kuat berusaha dan tidak mudah putus asa. Tapi harus ingat. Ilmu itu penting. Tidak guna kita menjadi seorang yang di kenali ramai tapi tiada ilmu. Tidak akan memberi manfaat kepada orang sekeliling. Jadi seorang yang berilmu itu perlu. Kerana itu juga merupakan suruhan Allah untuk menjadi seorang yang berilmu. Jarang orang berjaya tanpa ilmu. Maka dengan ilmu kita mampu menakluk dunia. Tetapi biarlah kita imbangkan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. Apabila kita menitikberatkan ilmu akhirat, bukan sahaja akhirat mengejar kita bahkan dunia juga mengejar kita. Apa pun kita berserah dan bertawakallah kepada Allah kerana DIA maha mengetahui segalanya.

Tidak berjaya sekarang bukan bermakna kita gagal selamanya. Sebaliknya seseorang yang berjaya itu perlu kegagalan dalam hidupnya, dan paling kurang pun kegagalan yang perlu di hadapi orang berjaya ialah sekali seumur hidup. Lagi berat dugaan mereka, lagi tinggi kejayaan mereka. Salam sayang.

Xoxo.

-KjCAKSKA
-KjaneBlogCAKSKA


Selasa, 21/03/2017, 5;12pm

Isnin, 20 Mac 2017

wajib mandi

Assalamualaikum wbt...

Eh? Wajib mandi ke mandi wajib? Haha mesti korang tertanya-tanya kan dengan tajuk tu? Haha ok jangan keliru. Tajuk tu betul kay. Sebenarnya Kjane saja buka topik istimewa pepagi buta ni. Tahu kenapa? Sebabnya dalam dunia kita ni walaupun sudah diberi kemudahan dan keselesaan dalam penggunaan air, masih ramai lagi yang malas nak mandi. Betul? Hahahaha...

Kjane kenal ramai orang sekeliling Kjane yang jarang sangat mandi. Bukan sebab kedekut nak bayar bil air, tetapi faktor utamanya ialah MALAS. Betul? Hahaha... kebanyakannya daripada golongan wanitalah. Perempuan ni dia unik tau? Bila mood rajin dia datang, bukan setakat pasal diri mereka saja yang diambil tahu, hal orang lain pun dia nak ambil tahu jugak. Tak kisahlah tua ke muda ke, ambil tahu pasal artis Malaysia ke luar negara ke semuanya nak ambil tahu. Tapi bila datang mood malas dia. Bukan setakat nak kemas katil, nak mandi pun malas. Terumata sekali masa hujung minggu atau hari cuti.

 Ok dah jauh sangat lari dari topik ini. Hahahah...

Ok balik semula dengan topik kita. Kenapa wajib mandi? Kjane ini bukanlah pro sangat dalam bab ini. Cuma Kjane nak nasihat. Manusia perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pagi dan maghrib. Kenapa? Sebabnya air ini merupakan keperluan utama untuk manusia. Tiada air dalam dunia ini , tak tahulah Kjane apa akan jadi. Air sangatlah penting untuk kulit manusia. Kulit manusia sentiasa terdedah dengan kuman, bakteria jahat dan juga cahaya matahari yang dapat merosakkan kulit manusia. Air dapat membuang segala kekotoran yang nampak mahupun tidak nampak dengan mata kasar jika digunakan acap kali. Dan ya, air dapat menyegarkan badan kita dan dapat mencegah badan kita daripada kelesuan yang berpanjangan.

Selain untuk kesegaran badan, air jugak dapat mencantikkan kulit. Terutama kulit muka yang sangat lah terdedah dengan persekitaran yang kotor. Jadi Kjane nak bagi tips lah sedikit. Sesiapa yang nak kulit muka cantik tu, perbanyakkanlah basuh muka sekurang-kurangnya lima kali sehari. Sebagai orang islam, kita juga boleh sertakan sekali selawat ke atas nabi. InshaaALLAH berseri lah muka anda semua. Terutama bagi kaum wanita yang sangat sensitif dengan kecantikkan. 

Kita juga boleh minum air banyak-banyak sebab badan kita sangat memerlukan cecair yang dapat memberi tenaga selain daripada makanan. Kerana air sangat berguna untuk luaran dan dalaman kita. Air juga bukan untuk kecantikan sahaja malah untuk menjadi cerdas dan cergas juga memerlukan air yang banyak dalam badan kita. Sebab tu kalau anda semua perasan, orang cina, terutama student cina, mereka bawa air botol yang besar untuk di minum di dalam kelas. Bahkan orang korea juga banyak minum air masak sebab tahu khasiat air tersebut. Tapi air putih jernih lah kan? Kalau air yang ada kalori tu takut dapat penyakit lain pula yang datang kalau kerap sangat minum.
Jadi bagi Kjane, untuk menjadi seorang yang cantik luar dan dalam tak perlu susah-susah pun. Tak mahal pun kan? Cuma kena rajin. Rajin untuk minum air masak atau air mineral. Yang pasti air kosong yang tiada kalorinya lah.

Ok maaf lah dah lari dari topik. Hahahaha... tetiba nafsu makin ghairah pulak cerita tentang kebaikan air kosong ini. Apa pun, jangan lupa mandi okay? Sebab air ini sangatlah menjadi keperluan utama badan kita ditambah lagi dengan cuaca yang makin panas, penipisan lapisan ozon semakin memburuk, kebakaran hutan, asap tebal dan sebagainya yang menjadi faktor kesihatan seseorang itu terjejas. Mandi banyak kali tidak merugikan malah menguntungkan kita untuk kehidupan yang lebih baik. Dan mandi juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Kenapa? Yalah, kalau tidak mandi, badan jadi busuk, masam dan dapat membuat orang sekeliling kita menjadi tidak selesa dan seterusnya akan menjauhkan diri daripada kita. Jadi apa pun, mandilah sekerap mungkin ya. Kalau sakit kepala tu, mandi lah. Mungkin dengan mandi, dapat kurangkan rasa sakit atau lesu itu.

Sekian, xoxo.

p/s: entry kali ni lari dari topik sikit. banyak ke arah kelebihan air lah pulak. hahaha sorry guys. harap dapat memafkan saya ya yang masih baru dalam dunia penulisan.

-KjCAKSKA
-KjaneBlogCAKSKA


Selasa, 21/03/2017, 1;56am

Ahad, 19 Mac 2017

MASA HADAPAN

Dan itu tidak bermakna ianya tidak sempurna,
Mungkin perlu ambil masa yang agak lama dalam fahami jiwa dan konsep bahawa keadaan semua manusia itu berbeza,
Bahkan harapan juga cita-cita sangat nyata bezanya,
Kau hanya akan mengerti erti sesuatu jika kau melaluinya,
Maaf, nak galas tanggungjawab sebagai kakak sulung dan terpaksa menjadi “ayah”, dalam erti kata lain kau terpaksa jadi ketua keluarga apabila tiada tempat bergantung dan kau harus akui yang kau perempuan dan anak paling tua,
Kau boleh faham dan rasa apa dia rasa?

Dan kalau kau terpilih, adakah kau sanggup untuk berada di situasi mereka? Maaf lah, aku pun sekerat jalan belajar sebabnya banyak kena guna duit dan aku tak mampu dah nak menyusahkan orang lain,
Dan kau faham tak yang sekarang ni aku rindu untuk belajar, rindu untuk menulis ilmu,
Kau tahu, setiap detik  ku pertanyakan adakah aku bisa untuk melanjutkan lagi walaupun pernah mengalah setelah penat berjuang walaupun belum selesai?

Yes!! Pernah!! Banyak kali !! tapi fikiran aku positif,
Belum masanya lagi,
Rezeki Allah itu luas dan di mana-mana sahaja,
Dan aku percaya itu,
Maka dengan itu,
Aku mohon,
Hargailah ilmu yang kau peroleh itu,
Selagi mampu,
Kau cari lah, kau korek lah sampai ke hujung tanah,
Teruskan perjuanganmu,
Balaslah pengorbanan orang tuamu dan hargailah mereka.
Sekian, xoxo

-KjCAKSKA
-KjaneBlogCAKSKA

Jumaat, 10/03/2017, 2.00AM

Khamis, 16 Mac 2017

Hello world!!!

Assalamualaikum wbt...
Hai semua, sebelum apa-apa saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama penuh saya ialah Nurul Jannah bt Aziruddin dan berumur 19 tahun pada tahun ini (2017 oh goshhh nerdnya ayat HAHAHA). Boleh juga panggil saya, Kjane ok? Hihi. Ini adalah merupakan kali pertama Kjane memblog, jadi Kjane di sini ingin memohon tunjuk ajar daripada senior-senior yang lebih berpengalaman dalam memblog ini berbanding Kjane. Dan sebelum ini Kjane terkenal (ececeh) dengan nama Cahaya Aziruddin, Kejoraaa Suteraaa dan juga Kenangaa Amar. kalau di ig pun kjane guna ketiga-tiga nama tu. Maka dari nama-nama itu lah Kjane ringkas kan menjadi KjCAKSKA. Kj di hadapan itu bermaksud Kjane. Jadi mudah-mudahan anak-anak semua tak peninglah ya dengan nama-nama istimewa Kjane ini hihi. Okay lah,  Kjane rasa cukup sampai di sini dahulu. Nanti kalau ada info-info yang menarik Kjane akan kongsikan ya. InshaaALLAH. Salam.

Love much..
Xoxo 

-KjaneBlogCAKSKA
-KjCAKSKA

Rabu, 08/03/2017, 11.09pm