Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua? Baik??? Alhamdulilahhhh... ok
entry kali ini semua dah tahu kan nak bincang tentang topik apa? Ya, drama
melayu... Dan yess,, sejujurnya Kjane sangatlah kureng dalam drama melayu ini. Kjane
ada beberapa pendapat yang kurang sikit lah dalam bab drama melayu ini. Nah kita
kupaskan...
Pertama....
Kenapa tak suka? Kerana drama melayu ini kisah dia
semua sama sahaja. Cuma jalan, warna cerita dia sahaja yang lain tapi motif dia
semua sama. Yaa, kahwin paksa, lelaki kaya kahwin dengan perempuan miskin, ayah
semua dato-dato, tan sri dan apa-apa lah. Ibu pula datin-datin, puan sri atau
whateverlah. Sebab apa sama sahaja? Kerana orang kita kuat berangan. Nak cerita
sweet-sweet dan sangat memerlukan seorang hero atau heroin yang sangat perfect.
Itu semua untuk memuaskan nafsu kita terhadap drama-drama melayu. Kjane tak nak
kritik tentang drama negara luar seperti drama korea, drama thai atau drama mat
saleh. Konsep mereka lain-lain dan tidak sama dengan kita. Drama korea ada saja
hero dan heroin mereka yang sama-sama antara mereka yang miskin. Drama thai
walaupun lelaki kaya tetapi hero akan culik heroin, larikan ke dalam hutan dan
ada babak-babak sweet semasa mereka bergaduh atau bermasam muka. Dan masa itu
mereka lebih banyak berada di situasi dalam hutan yang mana heroin itu akan di
layan tidak seindah permaisuri di gerbang istana. Begitu juga dengan drama mat
saleh. Tidak seperti drama melayu. Lelaki mesti perfect punya. Dari segi harta,
kekayaan, pangkat mahupun rupa. Begitu juga dengan heroin. Tetapi akan nampak
lebih “sweet” apabila heroin tersebut berasal daripada keluarga yang sederhana
mahupun yang kurang berharta.
Kedua....
Seterusnya ialah hubungan intim. Yaa.. banyak dalam
drama melayu kita yang tidak segan silu menunjukkan aksi yang tidak sepatutnya.
Bukan salah pelakon tetapi pengarahnya yang mengada-mengada. Ada juga pengarah
yang mengambil kesempatan dengan pelakon mereka untuk memberikan aksi yang
tidak sepatutnya supaya rangking mereka naik. Bab ini kebiasaannya terjadi
dalam drama melayu apabila ada bab suami cemburu buta, marah dan sebagainya. Bagi
orang melayu terutama yang sangat menggemarkan cerita “kahwin paksa” memang
akan teruja atau suka dengan aksi ini. Tetapi tidak kurang juga dengan mereka
yang sangat jelik dan benci akan aksi ini. Walaupun ada sesetengah daripada
kita semua yang gemarkan aksi ini, tapi hati-hati, aksi-aksi sebegini sangatlah
membawa pengaruh buruk dalam masyarakat kita. Boleh menjadikan seseorang itu
otak kuning dan menjadi taasub dengan aksi dan perbuatan tersebut. Terutama bagi
mereka yang mudah terpengaruh. Kanak-kanak yang menonton akan memberikan kesan
yang tidak baik untuk tumbesaran mereka dari segi pemikiran. Hanya di penuhi
angan-angan kahwin dengan orang kaya. Tidak fokus dengan pembelajaran. Taasub dengan
drama yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Kerana itu, seseorang yang
matang kurang gemar cerita drama melayu terutama bab “kahwin paksa ini”.
Ketiga....
Minda tidak berkembang. Kenapa? Yalah, kalau dah setiap
hari dengan cerita kahwin paksa, hubungan intim atau apa-apa sahaja lah yang
berkaitan dengan drama melayu, sampai bila-bila pun otak kita tidak membangun. Tidak
boleh fikirkan benda lain. Asyik kahwin sahaja. Terutama pelajar-pelajar
sekolah. Apatah lagi pelajar menengah yang sedang menduduki peperiksaan yang
penting. Kadang-kadang sanggup layan drama melayu berbanding homework dan
sebagainya. Kadang-kadang berangan sampai tahap boleh menjejaskan masa hadapan
sendiri. “Tak apa belajar tak pandai pun, dapat result teruk pun tak apa. Mak ayah
masih ada. Nanti kalau kahwin mesti tak payah belajar dah. Buang masa saja. Tak
apa kat luar sana masih ramai yang kacak-kacak dan berharta. Takkan lah mak
ayah nak aku kahwin dengan yang tiada harta, kan? Tak apa nanti
pandai-pandailah aku cari lelaki yang boleh sediakan hantaran yang mahal. Bukan
susah pun... bla.. bla.. bla..” nampak tak di situ? Tidak akan berkembang
sampai bila-bila lah kalau macam ini gayanya.
Aduhaiii apa lah akan jadi dekat anak-anak muda
sekarang. Moga anda semua boleh berfikiran panjang sebelum melakukan sesuatu. Realiti
tidak seindah drama mahupun mimpi.
Keempat....
Pengarah kurang/kering idea. Yalah, kebanyakkan
drama melayu semua di adaptasi daripada novel-novel melayu. Idea sendiri? Hancusssss.
Tak ada apa... sekali orang adaptasikan ke drama atau filem melayu ini, maka
kuranglah orang membaca novel tersebut. Ini bagi pendapat Kjane saja. Kalau Kjane
tahu cerita ini akan di adaptasikan, sumpah Kjane tak akan beli. Kerana apa? Kerana
sia-sia saja kita baca sedangkan kita boleh tengok real di kaca televisyen. Drama
melayu ini tidak ada apa yang lain berbeza pun. Mula-mula gaduh then happy
ending, sweet kan? BAHAHAHAH tolonglah berpijak ke bumi yang nyata. Sampai bila
industri kita nak berjaya dengan cerita-cerita yang menarik dan fresh seperti
cerita-cerita luar negara yang sangat unik? Sampai bila kita nak duduk di takuk
lama? Yang hanya berdasarkan angan-angan atas kertas saja? Come on!!! Cuba buat
cerita menarik yang lain.
Dalam drama semua seperti sudah sedia maklum. Kahwin
paksa, gaduh-gaduh, lari dari rumah, berbaik, ada orang cemburu, buat jahat,
then heroin lari lagi, berbaik semula, ada anak and happy ending. Semua itu dah
boleh di agak. Well, people said “drama melayu” itu sajalah kisah dia. Nampak tak
betapa meluatnya mereka? So tolonglah keluar daripada takuk lama. Yaa, untuk
buat cerita baru dan fresh bukan mudah. Namun, Kjane tahu dan percaya bahawa
pengarah-pengarah di Malaysia ini semua berilmu tinggi dan dapat menghasikan
sesuatu yang boleh dibawa keluar ke pemasaran luar negara dan membawa
kebanggaan kepada Malaysia suatu hari nanti. InshaaALLAH.
Namun begitu, tidak semua lah cerita yang Kjane
tidak suka. Masih ada banyak cerita melayu yang Kjane suka and minat sangat. Contohnya,
Hantu Kak Limah balik rumah, Hantu Kapchai, Polis Evo, Juvana, Misteri Wan
Peah, dan banyak lagi. Meskipun ada unsur-unsur cinta tetapi tidaklah seteruk
drama melayu yang memang topiknya lebih ke arah pasangan yang “sweet”.
Ini sahajalah pendapat Kjane kali ini ya anak-anak. Jangan
pula ada yang terasa hati dengan kenyataan Kjane. Kjane hanya luahkan apa
pendapat Kjane. Meskipun begitu, Kjane Masih menyokong cerita-cerita melayu
terutama cerita hantu, komedi dan aksi.
Sekian, salam. Xoxo.
-KjaneBlogCAKSKA
-KjCAKSKA
Selasa, 28/03/2017, 4:02am
Selasa, 28/03/2017, 4:02am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan