Assalamualaikum wbt...
Holla guys!!! Today Kjane nak cerita serba sedikit tentang pengalaman dan
share resepi kek oreo cheese yang gila-gila mudah, simple dan paling penting,
kek ni memang shedap shangat-shangat tau guys pada hari jumaat baru nih.
21/4/2017 guyss!!! Yang buat kek nih Kjane dengan jiran Kjane, Nana nama dia.
Harap ugais enjoy kay... jom teruskan...
So bahan-bahannya ialah:
1-Biskut oreo - 2paket
2- Creamcheese Taruta-
1packet besar
3- Plain yogurt/ yogurt
natural- 1 bekas kecil sahaja
4- Telur- 2 biji
5- Esen vanilla
6- Gula
7- Kertas minyak
Cara-caranya ialah:
1- Masukkan kertas minyak
ke dalam loyang. Pastikan kertas minyak tersebut memenuhi loyang tersebut namun
pastikan kertas minyak tersebut tiada lebihan di sisinya. Pastikan padat
dibawah. (boleh tengok google)
2- Kemudian masukkan oreo
satu paket panjang dan susun oreo tersebut ke dalam loyang yang telah dilapit
kertas minyak tersebut. Satu paket tadi dimasukkan dan di susun ke dalam loyang. Satu paket lagi di
repihkan.
(direpihkan/crushed oreos dan pastikan jenama oreo kay)
3- Masukkan satu paket
creamcheese yang besar ke dalam bekas. Pukul sehingga naik.
(Kjane guna satu paket creamcheese yang besar. Dan ya Kjane guna jenama
Tatura. Kalau ugais nak guna creamcheese jenama lain pun takdak hal.)
4- Masukkan gula kedalam
creamcheese tersebut ikut citarasa masing-masing. Sama ada mahu banyak ataupun
sederhana banyak. (namun begitu, pastikan gula jangan sedikit kerana
creamcheese tersebut rasanya agak masin-masin lemak. Jadi masukkan gula lebih
sedikit supaya rasanya seimbang ). Kemudian pukul sehingga sebati.
5- Sambil pukul
creamcheese, masukkan dua biji telur ke dalam bekas yang sama. Pukul sehingga
sebati dan naik. Kemudian, masukkan satu sudu teh esen vanilla ke dalam
sebatian tersebut. Kacau lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan satu bekas
kecil plain yogurt dan kacau lagi sehingga sebatian itu naik. (Kjane guna
yogurt natural biasa jah)
6- Bila nampak dah kembang
sikit dan sebati, stop pukul, masukkan crushed oreos ke dalam sebatian tersebut
dan kacau lembut sahaja supaya ianya rata. Kemudian tuang sebatian tersebut ke
dalam loyang tadi. Kemudian ratakan bahagian atas.
7- Masukkan ke dalam
pembakar kek. Seperti yang di tunjukkan ke dalam vid di ig, suhu yang digunakan
ialah 350darjah celcius. Dan masa pula diambil selama 20-30 minit. Namun Kjane
dan Nana hanya gunakan 250 darjah celcius dengan mengambil masa 30 minit. Namun
pada pertengahannya, Nana tukar suhu menjadi 200 darjah celcius dengan masa 30
minit.
8- Setelah masak, ambil
pinggan yang leper, kemudian takupkan di loyang, kemudian pusingkan loya
tersebut sehingga pinggan berada dibawah, loyang pula berada di atas. Tarik
loyang slow-slow dan buang kertas minyak tadi.
Tara!!! Dah siap!!!
Oh sorry
guys, Kjane takleh share gambaq kek yang Kjane dan Nana buat sebabnya ada
sedikit masalah teknikal. walaupun bentuk dia memang tidak menyelerakan (opss!!!)
hahaha.. tapi alhamdulilah sebab Allah bagi kek nih rasa sedap dalam sekali percubaan,
alhamdulilah first try beb. Syukur.
Thanks to especially Nana lah sebab sanggup bantu Kjane buat kek nih
sekaligus merealisasikan impian Kjane huhu. Thanks jugak kepada yang merasa dan
beri pujian, komen yang positif dan membina iaitu my mom, my grandma, my adik
mimi, my sepupu ira and danish, my cikde, cik Ani mak Nana walaupun sakit tapi
nak jugak rasa (bangga) dan sangat positif even mulanya Kjane ragu-ragu betul
kah best nih huhu. And yang paling Kjane terharu ialah my dad!!! Thanksyou so
much sebab support your anak dengan Nana. Balik jah kerja pukul satu pagi, ma
cakap “tadi kaklong dengan Nana buat kek oreo cheese. Nak rasa tak? Kaklong ada
simpan sikit lagih.” Bolehlah.. pergh terharu siot. Yess Kjane memang terharu
sebab ayah Kjane tak suka kek. Sangat-sangat tak suka. Apatah lagi yang ada
cheese. Selama nih kalau beli kek cheese memang takkan makan punya. So Kjane memanglah
terharu. Komennya pun positif dear!!! Sedap tapi muak. Bila dia cakap sedap tuh
ghasa nak terjun bangunan dia punya bahagia. Hahahah.
Ok dah, banyak sangat melalut nih. Kaurang nak tahu resepi jah kan?
Annoying tak bila Kjane bila ceghita pepanjang lebar nih? Hahaha mintak maaf
lah ya anak-anak. Kjane memang excited sikit bab menceghita nih. Harap kaurang
fahamlah dengan tunjuk ajar Kjane tuh. Kalau tak paham jugak, boleh contact
Kjane di cahaya.Aziruddin@gmail.com tau? Kjane sedia membantu. Tapi
untuk resepi ni jah. Hak lain Kjane dak tau lagi hahaha inshaaAllah next time
puleeeek yeee anak-anak.
Sekian, salam xoxo.
-KjaneBlogCAKSKA
-KjCAKSKA
Isnin, 24/04/2017, 9.00pm
P/S: kalau kaurang nak nengok jugak gambar kek oreo cheese tuh boleh pi kat fb atau ig Kjane.
-ig: cahaya_aziruddin
-fb: Cahaya Aziruddin
inshaaALLAH Kjane akan cuba masukkan dengan segera kayy guyss