Isnin, 24 April 2017

RESEPI KEK OREO CHEESEEEE!!!

Assalamualaikum wbt...

Holla guys!!! Today Kjane nak cerita serba sedikit tentang pengalaman dan share resepi kek oreo cheese yang gila-gila mudah, simple dan paling penting, kek ni memang shedap shangat-shangat tau guys pada hari jumaat baru nih. 21/4/2017 guyss!!! Yang buat kek nih Kjane dengan jiran Kjane, Nana nama dia.
                     
Harap ugais enjoy kay... jom teruskan...
                                                                
So bahan-bahannya ialah:
1-Biskut oreo - 2paket
2-  Creamcheese Taruta- 1packet besar
3- Plain yogurt/ yogurt natural- 1 bekas kecil sahaja
4- Telur- 2 biji
5- Esen vanilla
6- Gula
7- Kertas minyak

Cara-caranya ialah:
1-   Masukkan kertas minyak ke dalam loyang. Pastikan kertas minyak tersebut memenuhi loyang tersebut namun pastikan kertas minyak tersebut tiada lebihan di sisinya. Pastikan padat dibawah. (boleh tengok google)

2-   Kemudian masukkan oreo satu paket panjang dan susun oreo tersebut ke dalam loyang yang telah dilapit kertas minyak tersebut. Satu paket tadi dimasukkan dan di susun ke dalam loyang. Satu paket lagi di repihkan.
(direpihkan/crushed oreos dan pastikan jenama oreo kay)

3-   Masukkan satu paket creamcheese yang besar ke dalam bekas. Pukul sehingga naik.
(Kjane guna satu paket creamcheese yang besar. Dan ya Kjane guna jenama Tatura. Kalau ugais nak guna creamcheese jenama lain pun takdak hal.)

4-   Masukkan gula kedalam creamcheese tersebut ikut citarasa masing-masing. Sama ada mahu banyak ataupun sederhana banyak. (namun begitu, pastikan gula jangan sedikit kerana creamcheese tersebut rasanya agak masin-masin lemak. Jadi masukkan gula lebih sedikit supaya rasanya seimbang ). Kemudian pukul sehingga sebati.

5-   Sambil pukul creamcheese, masukkan dua biji telur ke dalam bekas yang sama. Pukul sehingga sebati dan naik. Kemudian, masukkan satu sudu teh esen vanilla ke dalam sebatian tersebut. Kacau lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan satu bekas kecil plain yogurt dan kacau lagi sehingga sebatian itu naik. (Kjane guna yogurt natural biasa jah)

6-      Bila nampak dah kembang sikit dan sebati, stop pukul, masukkan crushed oreos ke dalam sebatian tersebut dan kacau lembut sahaja supaya ianya rata. Kemudian tuang sebatian tersebut ke dalam loyang tadi. Kemudian ratakan bahagian atas.

7-      Masukkan ke dalam pembakar kek. Seperti yang di tunjukkan ke dalam vid di ig, suhu yang digunakan ialah 350darjah celcius. Dan masa pula diambil selama 20-30 minit. Namun Kjane dan Nana hanya gunakan 250 darjah celcius dengan mengambil masa 30 minit. Namun pada pertengahannya, Nana tukar suhu menjadi 200 darjah celcius dengan masa 30 minit.

8-      Setelah masak, ambil pinggan yang leper, kemudian takupkan di loyang, kemudian pusingkan loya tersebut sehingga pinggan berada dibawah, loyang pula berada di atas. Tarik loyang slow-slow dan buang kertas minyak tadi.

Tara!!! Dah siap!!!

Oh sorry guys, Kjane takleh share gambaq kek yang Kjane dan Nana buat sebabnya ada sedikit masalah teknikal. walaupun bentuk dia memang tidak menyelerakan (opss!!!) hahaha.. tapi alhamdulilah sebab Allah bagi kek nih rasa sedap dalam sekali percubaan, alhamdulilah first try beb. Syukur.

Thanks to especially Nana lah sebab sanggup bantu Kjane buat kek nih sekaligus merealisasikan impian Kjane huhu. Thanks jugak kepada yang merasa dan beri pujian, komen yang positif dan membina iaitu my mom, my grandma, my adik mimi, my sepupu ira and danish, my cikde, cik Ani mak Nana walaupun sakit tapi nak jugak rasa (bangga) dan sangat positif even mulanya Kjane ragu-ragu betul kah best nih huhu. And yang paling Kjane terharu ialah my dad!!! Thanksyou so much sebab support your anak dengan Nana. Balik jah kerja pukul satu pagi, ma cakap “tadi kaklong dengan Nana buat kek oreo cheese. Nak rasa tak? Kaklong ada simpan sikit lagih.” Bolehlah.. pergh terharu siot. Yess Kjane memang terharu sebab ayah Kjane tak suka kek. Sangat-sangat tak suka. Apatah lagi yang ada cheese. Selama nih kalau beli kek cheese memang takkan makan punya. So Kjane memanglah terharu. Komennya pun positif dear!!! Sedap tapi muak. Bila dia cakap sedap tuh ghasa nak terjun bangunan dia punya bahagia. Hahahah.

Ok dah, banyak sangat melalut nih. Kaurang nak tahu resepi jah kan? Annoying tak bila Kjane bila ceghita pepanjang lebar nih? Hahaha mintak maaf lah ya anak-anak. Kjane memang excited sikit bab menceghita nih. Harap kaurang fahamlah dengan tunjuk ajar Kjane tuh. Kalau tak paham jugak, boleh contact Kjane di cahaya.Aziruddin@gmail.com tau? Kjane sedia membantu. Tapi untuk resepi ni jah. Hak lain Kjane dak tau lagi hahaha inshaaAllah next time puleeeek yeee anak-anak.
Sekian, salam xoxo.

-KjaneBlogCAKSKA
-KjCAKSKA

Isnin, 24/04/2017, 9.00pm

P/S: kalau kaurang nak nengok jugak gambar kek oreo cheese tuh boleh pi kat fb atau ig Kjane.
      -ig: cahaya_aziruddin
      -fb: Cahaya Aziruddin
inshaaALLAH Kjane akan cuba masukkan dengan segera kayy guyss